Ikan Kerisi Masak Singgang.
Kalian dapat masak Ikan Kerisi Masak Singgang memakai 10 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- 4 ekor ikan kerisi (dibuang sisik dan dibasuh bersih).
- 1 inci kunyit hidup.
- 1 labu bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
- 1/2 inci halia.
- 2 keping asam keping.
- 1-2 helai daun kunyit.
- 5 biji cili padi (jika mahu pedas. Saya memilih untuk tidak letak).
- 2 cawan air bertapis.
- 1 sudu kecil garam (saya gunakan garam pink himalaya).
Penyediaan awal
- Tumbukkan kunyit, bawang besar, bawang putih dan halia bersama..
- Di dalam periuk, masukkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dan didihkan. Masukkan juga cili padi jika mahu pedas..
- Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kerisi, daun kunyit yang dikoyak-koyak serta asam keping. Biarkan mendidih kira-kira 5 minit (atau sehingga ikan sudah masak)..
- Masukkan sesudu kecil garam. Dan cuba rasa. Jika belum cukup rasa, boleh tambahkan garam lagi secubit demi secubit hingga cukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. Siap untuk dihidang!.