Koci Bunga Chicha.
Kalian dapat masak Koci Bunga Chicha memakai 11 ramuan dan 9 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- Bahan- bahan Inti.
- 1 biji kelapa parut.
- 200 gm gula merah.
- 100 gm gula pasir.
- Sedikit garam.
- Sedikit air.
- Bahan-bahan Koci.
- 500 gm tepung pulut.
- 200 gm serbuk bunga chicha.
- Sedikit air (untuk membuat doh).
- Daun pisang.
Langkah langkah
- Sediakan bahan-bahan untuk inti..
- Masukkan kelapa parut, gula merah, gula pasir, garam dan air. Gaul sekata dan masak sehingga mendidih. Sejukkan seketika..
- Sediakan bahan-bahan untuk koci. Daun pisang dilayurkan atas api seketika untuk bagi lembut..
- Tepung pulut, serbuk bunga chicha dan air dicampur ke dalam bekas. Uli sehingga menjadi doh..
- Untuk balut Koci. Potong daun pisang ikut saiz yang dikehendaki. Ambil sedikit adunan tepung. Masukkan inti dan bulatkan. Kemudian balut. Untuk balut tu, ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Sebab koci ni ada macam-macam jenis balutan dia. Ulangi semua langkah ini sehingga adunan habis..
- Ni rupa kuih koci yang telah dibungkus. Ada dua jenis. Satu seperti bungkusan nasi lemak dan satu lagi macam bentuk kelongsong. Kukus dalam periuk pengukus selama 20minit atau sehingga koci masak..
- Tadaaa..selepas 20minit dikukus rupa daun pisang akan berubah. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidang..
- Koci Bunga Chicha yang telah masak sempurna. Tekstur warna dia akan gelap sedikit berbanding koci biasa. Rasanya pula jauh lebih sedap dan lembut..
- Sedikit nota untuk Bunga Chicha 👇🏼 Sejenis bunga dari pokok berkayu. Banyak tumbuh di kawasan utara Malaysia. Seperti gambar adalah rupa Bunga Chicha segar. Tetapi yang digunakan dalam adunan koci tu bunga yang telah dikeringkan dan telah dijadikan serbuk..