Keropok Popia Sayur.
Kalian dapat masak Keropok Popia Sayur memakai 12 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 1 pek kulit popia.
- 1 mangkuk sederhana taugeh **.
- 1 mangkuk sederhana carrot - disagat halus **.
- 1 mangkuk sederhana kacang panjang - dipotong kecil **.
- 2 biji bawang kecil - dihiris **.
- 1/8 sudu lada putih.
- 1/8 sudu lada sulah.
- 1/2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa.
- 1 mangkuk kecil bancuhan tepung gandum - untuk gam.
- Untuk salutan :.
- 1 mangkuk sederhana besar serbuk roti oren - bread crumb.
- 1 biji telur.
Penyediaan awal
- Dalam kuali panas sedikit minyak, tumis bawang kemudian masukkan bahan bertanda (**) berserta lada putih, lada sulah dan garam, masak layu angkat dan sejukkan..
- Ambil sekeping kulit popia potong 2 bahagian, kemudian ambil sebahagian kulit popia letak inti sayur gulung kemas sampai hujung letak gam tepung elok melekat letak tepi. Ulang buat hingga inti habis, popia bersaiz mini kecil..
- 1 biji telur dikocok dahulu, ambil seketul celup ke dalam telur selepas itu salut pula dengan bred crumb, letak atas pinggan. Ulang buat hingga habis..
- Panaskan minyak masak yang banyak, goreng hingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang bersama dengan sos cili pedas..