Ramuan Untuk Masak Cucur Sayur Kankung PKP Yang Mudah Dan Ringkas

Delicious, fresh and tasty

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Cucur Sayur Kankung PKP.

Cucur Sayur Kankung PKP Kalian dapat masak Cucur Sayur Kankung PKP memakai 7 ramuan dan 3 langkah. Berikut cara kalian masak ini.

Ramuan

  1. 1/4 kg tepung gandum.
  2. 2 sudu kecil yis mauripan.
  3. Kankung @ apa-apa sayur yang diminati ikut pilihan.
  4. Bawang holland @ bawang besar.
  5. Cili ikut citarasa pedas.
  6. 1 sudu garam dan 1 sudu gula.
  7. Minyak untuk menggoreng.

Petunjuk

  1. CARA PERTAMA. Bancuh tepung mauripan dengan sedikit air biasa. Kacau sebati sehingga kelihatan naik buih. Masukkan gula, garam dan tepung gandum. Kacau rata dengan ditambah air sedikit demi sedikit supaya tepung sebati dan tidak cair. Masukkan sayur, bawang dan cili. Perap dalam 10-15 minit supaya dos 2 kali ganda naik. Selepas itu sedia untuk digoreng. Boleh dipotong atau sediakan ikut citarasa..
  2. CARA KEDUA. Untuk hasil lagi bagus gunakan air suam untuk bancuh yis supaya ia kembang naik. Lepas itu masukkan garam, gula dan tepung gandum, adun rata menggunakan air kemudian dicampur dengan sayur, cili serta bawang yang telah dipotong kecil. Biarkan selama 10-15 minit sebelum digoreng dengan minyak. Boleh dimakan terus atau dicicah dengan sos cili @ sos pencicah lain ikut citarasa..
  3. Cara pertama lagi ringkas paling senang dan cepat jimat masa. Cara kedua untuk hasil lebih menarik..