Keria Bebola Gula Apong.
Kalian dapat masak Keria Bebola Gula Apong memakai 6 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian masak ini.
Ramuan
- 3-4 biji Keledek.
- 1 sudu besar baking powder (Tak letak pun takpe).
- 2 1/2 sudu besar makan tepung jagung.
- 3 1/2 sudu makan tepung gandum.
- 4 sudu besar gula apong.
- Sedikit minyak untuk menggoreng.
Langkah langkah
- Keledek di rebus hingga empuk. Setelah masak, lenyek hingga lumat..
- Selepas itu, masukkan baking powder, tepung jagung dan tepung gandum. Uli kesemua adunan hingga senang di bentuk. Tips untuk adunan tidak melekat di tangan, sapu minyak masak sedikit di telapak tangan supaya senang untuk menguli..
- Panas kan minyak, goreng keria hingga benar-benar masak. Ketepikan.
- Lebihan minyak untuk menggoreng keria tadi, kita guna untuk mencairkan gula apong. Setelah gula apong cair dan nampak likat, baru masukkan keria yang telah di goreng tadi. Kacau dengan api perlahan sehingga kesemua adunan sebati. Dah siap semua, boleh lahdi hidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba semua....