Perut Lembu Cicah Sambal Belacan.
Kalian dapat menyajikan Perut Lembu Cicah Sambal Belacan memakai 12 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- 1 bekas perut lembu.
- 1 mangkuk bunga kobis.
- 3 sudu petai.
- Sambal belacan untuk 1 mangkuk:.
- 1 sudu besar belacan merah (saya beli di pattani) kalau tak ada boleh guna belacan biasa.
- 10 batang cili api.
- 5 ulas bawang putih.
- 5 biji bawang merah.
- 1/2 sudu garam.
- 1 sudu besar gula.
- 2 biji limau nipis.
- 1/3 cawan air panas.
Penyediaan awal
- Cuci bersih, kemudian rebuskan sehingga sedikit empuk. Kemudia toskan. Hiris nipis2 perut lembu untuk satu pinggan hindangan.
- Sementara itu, untuk membuat sambal belacan, masukkan belacan, cili api, bwg merah, bawang putih dan garam kedalam lesung. tumbuk sehingga lumat!.
- Setelah itu keluarkannya dari lesung masukkan kedalam mangkuk untuk ditambahkan gula, limau nipis dan sedikit air panas. Kacau sehingga sebati dan separa cair..
- Siap! letakkan sambal belacan kedalam piring/mangkuk kecil untuk hidagan 1 pinggan perut. selenihnya boleh simpan didal peti yer. cara makan haa ambil bunga kubis yg sudah dipotong sederhana kecil, letak 1 hirisan perut dan 1petai. kemudian letakkan sdikit sambal belacan diaatasnya. kemudian gulungkan ianya dan sedia dimakan begitu sahaja! sedapppp.