Nasi Goreng Sosej TomYam.
Kalian dapat menyajikan Nasi Goreng Sosej TomYam memakai 8 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- 10 biji sosej koktail ayam.
- 2 cawan minyak masak (untuk menggoreng).
- 1 biji bawang merah.
- 1 pek perencah tomyam (ambil dari bungkusan Maggi perisa tomyam).
- 5 sudu air.
- 4 biji cili padi (dipotong kecil).
- 1 pokok ketumbar (dipotong kasar).
- 1 cawan nasi.
Langkah langkah
- Sosej dipotong di hujung satu bahagian sahaja. Supaya bila digoreng, ia kembang macam bunga (Tapi hakak tengok ni macam sotong pun ada dah ehh)😅. Goreng sehingga 1/2masak. Angkat dan ketepikan seketika..
- Menggunakan kuali yang sama (Tapi kurangkan minyak, letak cukup2 je untuk menumis). Tumis bawang, masukkan serbuk perencah tomyam dan air. Masak sehingga naik bau..
- Masukkan sosej. Masak sehingga sosej masak sempurna..
- Masukkan nasi, daun ketumbar dan cili padi. Gaul sebati dan masak sehingga nasi masak sempurna (hakak tak guna garam yer, Sebab dah cukup dah rasa masin dari perencah tomyam dan sosej). Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😊.