Ramuan Untuk Memasak Daging Lembu Masak Dendeng Yang Simple Dan Ringkas

Delicious, fresh and tasty

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Daging Lembu Masak Dendeng.

Daging Lembu Masak Dendeng Kalian dapat menyajikan Daging Lembu Masak Dendeng memakai 13 ramuan dan 19 langkah. Berikut cara kalian masak ini.

Ramuan

  1. 500 gram daging lembu pejal.
  2. 3 batang serai.
  3. 10 tangkai cili kering.
  4. 3 inci halia.
  5. 1 inci lengkuas.
  6. 3 inci kunyit hidup.
  7. 1 labu bawang putih.
  8. 2 ulas bawang besar.
  9. 1 sudu besar jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
  10. 1 tangkai daun kari atau beberapa helai daun limau purut.
  11. 1/2 cawan kicap pekat.
  12. 3 sudu besar gula pasir.
  13. Garam secukup rasa.

Penyediaan awal

  1. Sediakan bahan2 seperti di atas..
  2. Rebus daging seketika. Ketepikan..
  3. Kisar bawang putih, bawang besar dan cili kering yg siap direbus..
  4. Potong daging nipis2. Kemudian tumbuk dengan lesung batu. Deng deng deng. Sampai jiran ambik kapas bubuh dalam telingalah. Gempa bumi jadinya. Nak pulak kalau daging tu keras berdegung 😄😄😄 Thats why the receipe call dendeng. Bukan sebut nyaring tau! Tapi dengung sikit. 😁 Memang resepi ni byk menggunakan lesung batu. Semua main ketuk je..
  5. Kemudian dah siap dendeng tu... goreng sebentar..
  6. Masukkan daun kari sedikit. Ada orang letak daun limau purut. Saya xde. Daun kari banyak. Jadi saya letaklah daun kari..
  7. Angkat daging tu. Ketepikan..
  8. Kita dendeng (tumbuk) kunyit, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumiskan terus ke dalam minyak gorengan tadi..
  9. .
  10. Masukkan bahan yg dikisar tadi iaitu bawang putih, bawang besar dan cili kering. Kacau sehingga agak garing..
  11. Masukkan daging..
  12. Tambahkan air rebusan daging tadi..
  13. Masak sehingga daging empuk..
  14. Masukkan kicap, gula dan garam..
  15. Biarkan sehingga kuahnya kering..
  16. Siap....boleh ketuk kuali tu. Deng... deng.... berkali2. 😄😄😄.
  17. Boleh disajikan dgn nasi putih panas2..
  18. Selamat mencuba.....
  19. .