Ramuan Untuk Memasak Kek Kukus Marble Coklat Pisang Tanduk😍 Yang Enak Dan Ringkas

Delicious, fresh and tasty

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Kek Kukus Marble Coklat Pisang Tanduk😍.

Kek Kukus Marble Coklat Pisang Tanduk😍 Kalian dapat menyiapkan Kek Kukus Marble Coklat Pisang Tanduk😍 memakai 10 ramuan dan 13 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.

Ramuan

  1. 1 cawan pisang tanduk (telah dikisar).
  2. 3/4 cawan gula.
  3. 2 sudu besar koko.
  4. 1 cawan minyak jagung/minyak masak.
  5. Secubit garam.
  6. 4 biji telur gred A.
  7. 1 sudu besar jus perahan lemon/limau kasturi.
  8. 2 cawan tepung gandum.
  9. 1 sudu kecil baking powder.
  10. 2 sudu kecil soda bikabonat.

Petunjuk

  1. Belah 2 secara memanjang pisang tanduk.buang yg berada di tengah2 pisang tanduk yg bewarna hitam..
  2. Kisar pisang tersebut sehingga lumat.Ambil 1 cawan pisang yang telah siap di kisar..
  3. Kemudian masukkan telur,minyak,garam,jus lemon,gula dan pisang yang telah dikisar tadi.Kisar hingga lumat..
  4. Tepung gandum dan baking powder serta soda bikabonat di ayak terlebih dahulu sebelum campur bahan kisar.
  5. Campurkan bahan kisar dan bahan bahan yang di ayak.Kacau sehingga sebati.
  6. Apabila sudah sebati bahagikan kepada Dua.1 bahagian dibiarkan kosong dan 1 bahagian lg dicampurkan koko kedalamnya.Kacau sehingga sebati adunan koko tersebut..
  7. Sementara itu letak air didalam periuk kukus dan hidupkan api.Kemudian ambil beberapa bekas atau loyang 8inci atau 9 inci atau 10inci.(loyang 8/9 inci keknya akan tebal.Kalau guna loyang 10 inci keknya nipis dan besar).
  8. Letak adunan kosong diselang seli dgn adunan koko.Buat sehingga habis sekiranyanya menggunakan Loyang.Sekiranya menggunakan bekas yg kecil2,isi adunan secara selang seli sehingga ½ bekas..
  9. Apabila air kukusan sudah mendidih boleh la kukus kek tadi.Kukus sehingga masak atau 45minit..
  10. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum di potong..
  11. Apabila sudah sejuk boleh lah di potong kek marble coklat pisang tanduk ini..
  12. Ini la hasil kek marble coklat pisang tanduk yang telah dimasak.Sedap Dimakan kerana tersangat moist dan sedap..
  13. Selamat Mencuba.Ikhlas dari Saya Yatie fy.sy buat dua adunan untuk dapatkan banyak kek.1 loyang 10inci dan 4 bekas yang sedang2..🌹🌹🌹🍌🍌🍌.