Ramuan Untuk Sajikan MASAKAN PELBAGAI ROTI : Roti john "easy n simple" Yang Mudah Dan Lezat

Delicious, fresh and tasty

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

MASAKAN PELBAGAI ROTI : Roti john "easy n simple".

MASAKAN PELBAGAI ROTI : Roti john "easy n simple" Kalian dapat menyajikan MASAKAN PELBAGAI ROTI : Roti john "easy n simple" memakai 8 ramuan dan 6 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.

Ramuan

  1. Beberapa keping roti sosej.
  2. 200 gram daging / ayam cincang.
  3. Daun sup.
  4. 1 biji bawang besar (di potong dadu).
  5. 3 biji telur.
  6. Garam, lada sulah & serbuk perasa.
  7. Marjerin / butter.
  8. Sos cili, sos bbq, mayonis, cheezy sos.

Penyediaan awal

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging / ayam cincang sehingga masak. Goreng jgn terlalu kering sekadar daging / ayam masak..
  2. Di dalam mangkuk lain pecahlan telur dan masukkan daging/ayam yang telah digoreng bersama daun sup dan bawang. Perasakan campuran tersebut dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa.(seperti masak telur dadar). Kacau sebati..
  3. Panaskan kuali dan letak ½ sudu marjerin / butter. Setelah butter cair masukkan bahan telur (seperti buat telur dadar)..
  4. Telur jgn biarkan terlalu masak..bila separuh masak telangkupkan roti sosej yang telah dipotong tengah..tekan tekan sedikit supaya telur tersebut melekat pada telur. Kemudian terbalikkan roti tersebut dan boleh lah diangkat..
  5. Sebelum dihidang, letak sos cili, sos bbq, mayonis dan cheesy sos kemudian kapitkan roti tersebut. Boleh di potong kecil kecil.(bergantung pada selera masing masing).Selamat mencuba😉...
  6. Sos yang di gunakan bergantung pada selera masing masing. Boleh gandakan bahan sekiranya ingin masak lebih👍.