Siput Sedut masak lemak.
Kalian dapat menyajikan Siput Sedut masak lemak memakai 11 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- 1 kg siput sedut.
- 2 helai daun kunyit (hirisk halus).
- 6 helai Daun kaduk(hiris halus).
- 7 ulas Bawang putih (blendkan).
- 2 buah Bawang holland (blendkan).
- 3 biji bawang merah (blendkan).
- 1 biji kelapa-santan.
- 3 batang Serai (titikkan).
- 6 biji Cili padi (titikkan).
- 1 tbsp serbuk kunyit.
- 1 tsp garam/secukup rasa.
Petunjuk
- Bersihkan siput tadi dengan ampas kelapa. Biarkan seketika, PASTIKAN bekas tertutup semasa ini kerana di kuatiri siput akan melahirkan diri 😂. lalu basuh bersih mengunakan air. Lalu potongkan bucu siput mengunakan cutter. Potong dalam 3ruas dari atas saja..
- Kemudian rendam dan bilas semula siput kita tadi lalu toskan. Tujuan bagi mengelakan serpihan siput tadi masuk kedalam masakan kita..
- Masukan bahan kisar, serai gaulkan. Kemudian masukan santan cair dan sentiasa gaulkan agar santan tidak pecah minyak. Kemudian masukan pulak siput sedut tadi dan santan pekat Kacau sehingga kuah mendidih dan siput masak. Dengan api kecik.
- Setelah itu masukan serbuk kunyit, garam daun kunyit dan daun kaduk.. Gaulkan dan siap sedia untuk di nikmati..