Tempoyak Ikan Bilis Padu.
Kalian dapat masak Tempoyak Ikan Bilis Padu memakai 8 ramuan dan 8 langkah. Berikut cara kalian masak ini.
Ramuan
- 500 gram tempoyak.
- 5 helai daun kunyit dihiris halus.
- 2 bawang merah.
- 1 mangkuk kecil ikan bilis.
- 10 batang cili padi.
- 1 asam keping.
- 100 ml santan kotak.
- 50 ml air.
Langkah langkah
- Masukkan tempoyak dalam kuali. Panaskan..
- Tumbuk bawang merah dan cili padi sehingga hancur. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan daun kunyit ke dalam kuali. Kacau..
- Masukkan asam keping ke dalam kuali..
- Bersihkan ikan bilis dan tumbuk sedikit sahaja. Jangan sampai lumat..
- Masukkan ikan bilis ke dalam kuali. Kacau..
- Masukkan sedikit air ke dalam bekas tempoyak tadi. Sayang nak buang. Tempoyak berharga tu..
- Campurkan santan ke dalam kuali dan kacau..
- Apabila semua dah sebati dan masak, siap. Tak perlu tambah garam sebab tempoyaknya memang dah ada garam. Makan dengan nasi panas panas. Perrrrrrgggh.