Ayam Bakar OREGANO.
Kalian dapat menyajikan Ayam Bakar OREGANO memakai 8 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 5 potong (600 gm) Peha ayam.
- 5 ulas Bawang putih ditumbuk halus.
- 3 batang Daun Oregano dicincang.
- 2 sudu teh Oregano kering.
- 1 sudu besar Jus lemon.
- 3 sudu besar Minyak zaitun.
- Secukup rasa Garam.
- Secukup rasa Lada.
Penyediaan awal
- Sediakan bahan-bahan.
- Tumbukkan bawang putih, cincang oregano, dan potongkan buah lemon.
- Bersihkan ayam, toskan dan keringkan dengan tisu dapur. Masukkan ayam ke dalam bekas, masukkan bawang putih, oregano, garam, oregano kering, biji lada, jus lemon, dan minyak zaitun. Gaul rata dan sebarkan pada permukaan ayam. Tutup dengan pembalut plastik dan simpankan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Panaskan kuali grill, panggang ayam sehingga masak, sambil disapu dengan minyak zaitun. Ayam bakar ini juga boleh dibakar di dalam ketuhar.
- Hidangkan ayam semasa masih panas, dengan nasi panas dan sambal matah/Sambal kicap atau sambal kegemaran anda. Nikmatilah...😙😙😙.