Fettuccine Carbonara dengan Bebola Daging. #PhoPbyLiniMohd.
Kalian dapat masak Fettuccine Carbonara dengan Bebola Daging. #PhoPbyLiniMohd memakai 16 ramuan dan 3 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- Sedikit minyak masak.
- Bahan-bahan A.
- 1 pek Fettuccine (400gm). (Kimball).
- Bahan-bahan B.
- 7 keping keju cheddar.
- Garam.
- Sedikit minyak masak.
- 3 ulas bawang putih yang dihiris.
- 3 sudu besar tepung gandum.
- 3 sudu keju parmesan.
- 1 mangkuk ayam yang sudah dipotong kiub.
- 1 kotak susu full cream (1 liter) (Dutch Lady).
- Sedikit daun sup untuk hiasan.
- 1 mangkuk bebola daging yang telah direbus.
- Serbuk lada hitam (sedikit kasar).
- Sedikit garam.
Langkah langkah
- Bahan A 1. Rendam sekejap Fettuccine. Masak air sehingga mendidih. 2. Masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan 1 pek Fettuccine. 3. Masak sehingga pasta kenyal. Tidak terlalu lembut kerana kita akan panaskan semula nanti..
- Bahan B 1. Guna sedikit minyak masak untuk menumis. Jangan guna minyak zaitun supaya rasanya tak muak. 2. Tumis bawang putih sehingga harum baunya. Jangan sampai hangus ya. 3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan goreng. 4. Masukkan ayam dan kacau. Tunggu hingga ayam masak. 5. Masukkan susu. Kena sentiasa kacau. Jangan tinggalkan masakan..
- 6. Kemudian, masukkan garam dan serbuk lada hitam. 7. Padamkan api. Baru masukkan Fettuccine dan gaul rata. 8. Letakkan keju cheddar dan keju parmesan dan kacau sebentar. Jangan letak banyak sangat keju untuk elak rasa muak. Pasta dah siap. 9. Biasanya, kalau pasta ini, letak pepperoni. Tapi, kita cipta kelainan, dengan menghidangkannya dengan bebola daging. 10. Hiaskan dengan daun sup. Kalau suka boleh juga ganti dengan daun parsley. Banyak mana? Suka hati lah. Selamat mencuba :-)..